11 December 2009

Nama aktiviti : Intelligent Toy and Super Games , Don't buzz The wire
kategori : kk
tarikh: 11.12.09
masa: (4.00 ptg)
Peserta: 15 orang

Permainan ini diadakan di luar kawasan pd memandangkan pengguna waktu itu terlalu ramai .Gambar terperinci tidak dapat disertakan kerana kamera bermasalah . Inilah sebahagian gambar yg sempat diabadikan bersama.




01 December 2009

Program Bersama Komuniti

Jamuan Mesra Aidiladha anjuran JKKKP Sungai Pinang dengan kerjasama Pemuda ,Puteri , Wanita ,Belia dan Pd Desa Sungai Pinang . Pelbagai acara menarik seperti pertandingan pakaian tercantik, siapa paling sporting dan kuiz pengetahuan am mengenai Kampung Sg Pinang disediakan. Pelajar cemelang UPSR 2009 turut diraikan .Program tersebut dirasmikan oleh Dato Seri Dr Haji Hilmi bin Yahya dan turut diraikan Y.B Tuan Haji Muhamad Farid bin Haji Saad Adun Pulau Betong . Melalui program sebegini hubungan silatulrahim dapat dieratkan . Program yg gemilang ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga desa . Penghargaan terima kasih kepada AJK yg terlibat menjayakan program tersebut terima kasih juga kerana memilih petugas Pd Sungai Pinang sebagai AJK . Ini adalah perhargaan yg tidak ternilai buat kami . Semoga hubungan erat ini berterusan demi kebaikan anak kariah kita . Promosi pd giat dijalankan pada malam itu , sambil menyelam kita minum air .....

Berikut adalah sebahagian gambar yg sempat dirakamkan oleh Petugas Pd Sungai Pinang yg akan menjadi kenangan abadi... ....















20 November 2009

Nama Aktiviti: Mewarna
kategori : kk
Tarikh: 20.11.09
Masa : 2.45 ptg
Peserta: 29 orang

Mewarna adalah aktiviti kelab utk hari ini .Peserta perlu mewarna poster Bangsa Membaca Bangsa Berjaya . Melalui axt ini dapat dipupuk semangat rajin membaca di samping mendekatkan diri peserta dgn pd.

Lampiran Gambar









18 November 2009

Sekitar program Bersama Kemas -18.1109

Program bersama Kemas diadakan pada Rabu 18.11.09 . Jamuan Aidilfitri , Jamuan Akhir Tahun dan Hari Anugerah Cemerlang . Petugas terlibat menjayakan program ini ,memberi bantuan tenaga dan idea di samping mempromosi pd kepada waris , AJK dan pelajarnya .Hampir semua telah mendaftar sebagai ahli melalui program yg dianjurkan sebelum ini.
Terima kasih tidak terhingga diucapkan Kepada petugas Kemas Puan Mazirah dan Puan Nor Azlinda di atas kerjasama yg diberikan.
Selamat berpisah adik2 Tabika kemas 2009 . Semoga sukses melangkah dimasa depan.

Gambar kenangan 2009









Sekitar Program Motivasi

Nama aktiviti : Program Motivasi
kategori : kk
tarikh: 17.11.09
masa: ( 3.00 ptg)
Peserta: 40 orang

Program motivasi menjana masa berkualiti anjuran Pd Sungai Pinang dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Caw.Sg Pinang dan Madrasah Raiyyah Islamiah adalah program yg menarik dan memberi suntikan semangat kepada pelajar2 yg bakal menduduki peperiksaan UPSR . Terima kasih diucapkan kepada staf yg bertungkus-lumus menjayakan program tersebut....di samping mempromosi pd kepada golongan sasaran iaitu belia dan pelajar sek ..melalui program ini hubungan erat di antara pd , belia dan Madrasah Raiyyah dapat diwujudkan demi kebaikan bersama .

Sekitar gambar program

Pendaftaran peserta


Staf dan pelajar yg turut menjayakan program tersebut