30 September 2008

Selamat Hari Raya

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri diucapkan kepada
semua pengunjung Perpustakaan Desa PNM Sungai Pinang
serta peserta Aktiviti Galakan Membaca.
Kepada sesiapa yang belum mendaftar sebagai Ahli Perpustakaan dan Kelab Aktiviti. Anda dialu-alukan untuk mendaftar. Pendaftaran adalah percuma. Pelbagai jenis buku yang menarik yang boleh anda pinjam di perpustakaan ini. Tambahan pula, pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan setiap minggu.
Oleh itu daftarlah segera sebagai Ahli Perpustakaan ini.

Aktiviti Galakan Membaca - September, 2008

Aktiviti Galakan Membaca Bulan September, 2008.... Aktiviti Galakan Membaca Bulan September,2008

1) Aktiviti : Membuat Kad Ucapan Hari Raya

Tarikh : 27.09.2008

Bilangan Peserta : 10 Oranng

2) Aktiviti : Belajar Membuat Kraf Bintang / Bunga
Tarikh : 20.09.2008
Bilangan Peserta : 25 Orang

3) Aktiviti : Akal Pantas
Tarikh : 19.09.2008
Bilangan Peserta : 31 Orang
Aktiviti ini menguji kepantasan peserta menyiapkan latihan yang diberikan.




4) Aktiviti : Origami Doll
Tarikh : 13.09.2008
Bilangan Peserta : 29 orang
Aktiviti ini dapat mencungkil bakat peserta dari segi gaya kreativiti dan hias.



5) Aktiviti : Teka Kata
Tarikh : 12.09.2008
Bilangan Peserta : 32 orang




6) Aktiviti : Tolong Bezakan Gambar Ini!
Tarikh : 04.09.2008
Bilangan Peserta : 28 orang
Aktiviti ini melibatkan pelajar Tabika KEMAS Sungai Pinang.
Melalui aktiviti ini, dapat menguji minda pelajar mencari
perbezaan antara dua gambar yang berlainan.

29 August 2008

Aktiviti Galakan Membaca - 29 Ogos, 2008

Aktiviti : Semangat Merdeka &
Silangkata Nama Perdana Menteri Malaysia Dulu Hingga Kini
Tarikh : 29 Ogos, 2008 ( Jumaat )
Bilangan Peserta : 31 orang

Semangat Merdeka

Staf Perpustakaan menunjukkan laman web berkenaan kemerdekaan iaitu (http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/home/default1.asp) dan (http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php) kepada para peserta. Melalui laman web ini para peserta dapat melayari maklumat-maklumat tentang kemerdekaan di negara kita.

Staf perpustakaan juga menerangkan kepada peserta Tema Hari Kemerdekaan Ke-51 iaitu

Tema : Perpaduan Teras Kejayaan

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
Gambar Aktiviti

Silangkata Nama Perdana Menteri Malaysia Dulu Hingga Kini

Gambar Aktiviti

23 August 2008

Aktiviti Galakan Membaca - 22.08.2008

Aktiviti : Mewarna Sempena Hari Kebangsaan

Tarikh : 22.08.2008

Bilangan Peserta : 35 orang




16 August 2008

Aktiviti Galakan Membaca - 16 Ogos,2008

Aktiviti : Origami
Tarikh : 16 Ogos,2008
Bilangan Peserta : 31 Orang
Gambar Aktiviti

Origami : Kotak, Arnab, Kucing dan Ikan

15 August 2008

Aktiviti Galakan Membaca - 15 Ogos, 2008

Aktiviti : Bijak Matematik

Tarikh : 15 Ogos, 2008

Bilangan Peserta : 32 Orang

Gambar Aktiviti :


Para peserta diberi soalan matematik ( operasi tambah, tolak dan darab )

14 August 2008

Aktiviti Bersama Tabika KEMAS Sungai Pinang

Aktiviti : Bercerita

Tarikh : 12.08.2008

Hari : Selasa

Perpustakaan Desa PNM Sungai Pinang bekerjasama dengan Tabika KEMAS Sungai Pinang mengadakan aktiviti bercerita kepada pelajar-pelajar Tabika. Melalui aktiviti sebegini dapat meningkatkan minat pelajar untuk membaca.


Aktiviti Galakan Membaca - 8 Ogos, 2008

Aktiviti : Teka-teki Pelik

Tarikh : 8 Ogos, 2008

Bilangan Peserta : 33 orang

Gambar Aktiviti


Promosi Perpustakaan Desa PNM Sungai Pinang - 13 Ogos, 2008

Perpustakaan Desa PNM Sungai Pinang menjalankan promosi keahlian dan "Satu Bayi Satu Buku" pada 13 Ogos, 2008 (Rabu), di Dewan Sungai Pinang sempena Ceramah Makanan Seimbang dan Demontrasi Makanan. Anjuran oleh KEMAS Parlimen Balik Pulau.


Gambar - gambar Promosi



08 August 2008

Promosi Perpustakaan Desa PNM Sungai Pinang - 5 Julai,2008

Promosi Perpustakaan Desa PNM Sungai Pinang telah dijalankan pada 5 Julai, 2008, Sabtu di Sekolah Kebangsaaan Sungai Pinang sempena Program Hari Kantin Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut. Diantaranya ialah Pertandingan Mewarna, Pertandingan Bola Sepak, Jualan gerai-gerai Makanan, Pameran oleh agensi-agensi seperti Bank Rakyat, Kedai Buku Hasrat Sari Sdn. Bhd. dan lain-lain.

Gambar-gambar Promosi

Promosi Perpustakaan

Setiap keahlian baru diberi saguhati (beg,buku nota,kipas,brosur perpustakaan)


Aktiviti - aktiviti Lain

Aktiviti Kuiz Silangkata


Pertandingan Mewarna


Mari Nyanyi Bersama

Pameran Agensi-agensi Lain

Jualan Gerai-gerai Makanan