29 August 2008

Aktiviti Galakan Membaca - 29 Ogos, 2008

Aktiviti : Semangat Merdeka &
Silangkata Nama Perdana Menteri Malaysia Dulu Hingga Kini
Tarikh : 29 Ogos, 2008 ( Jumaat )
Bilangan Peserta : 31 orang

Semangat Merdeka

Staf Perpustakaan menunjukkan laman web berkenaan kemerdekaan iaitu (http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/home/default1.asp) dan (http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php) kepada para peserta. Melalui laman web ini para peserta dapat melayari maklumat-maklumat tentang kemerdekaan di negara kita.

Staf perpustakaan juga menerangkan kepada peserta Tema Hari Kemerdekaan Ke-51 iaitu

Tema : Perpaduan Teras Kejayaan

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
Gambar Aktiviti

Silangkata Nama Perdana Menteri Malaysia Dulu Hingga Kini

Gambar Aktiviti