28 September 2009

Promosi Pd Bersama Kemas

Tarikh: 29.09.09
masa: ( 10.00 pg - 1100 pg)
Peserta : 34 orang

Pd Sungai Pinang mendapat jemputan untuk mengadakan promosi di Tabika Kemas Sungai Pinang. Bersama Pembantu kemas Puan Noor Azlinda sempat diadakan promosi dan aktiviti Nyanyian lagu kanak-kanak .Berikut adalah sekitar gambar program bersama Kemas yg sempat dirakamkan .Pd Sungai Pinang mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatian semua untuk melahirkan masyarakat yg memartabatkan budaya membaca. Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.....Usaha murni Tabika kemas Sungai Pinang seharusnya dijadikan contoh oleh Tabika lain untuk mendekatkan diri dengan perpustakaan yg menyimpan gedung segala ilmu . Terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar kemas yg tidak jemu mengundang kami setiap kali diadakan program ..........ini membuktikan kami mendapat tempat di hati semua dan tidak sia -sia kempen membaca yg dilaungkan kerajaan selama ini.

Gambar aktiviti

Bergambar kenangan bersama pelajar Tabika Kemas