28 September 2009

Promosi Pd Bersama Kemas

Tarikh: 29.09.09
masa: ( 10.00 pg - 1100 pg)
Peserta : 34 orang

Pd Sungai Pinang mendapat jemputan untuk mengadakan promosi di Tabika Kemas Sungai Pinang. Bersama Pembantu kemas Puan Noor Azlinda sempat diadakan promosi dan aktiviti Nyanyian lagu kanak-kanak .Berikut adalah sekitar gambar program bersama Kemas yg sempat dirakamkan .Pd Sungai Pinang mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatian semua untuk melahirkan masyarakat yg memartabatkan budaya membaca. Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.....Usaha murni Tabika kemas Sungai Pinang seharusnya dijadikan contoh oleh Tabika lain untuk mendekatkan diri dengan perpustakaan yg menyimpan gedung segala ilmu . Terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar kemas yg tidak jemu mengundang kami setiap kali diadakan program ..........ini membuktikan kami mendapat tempat di hati semua dan tidak sia -sia kempen membaca yg dilaungkan kerajaan selama ini.

Gambar aktiviti

Bergambar kenangan bersama pelajar Tabika Kemas





12 September 2009

kad kreatif Raya

Nama Aktiviti : Kad kreatif Raya
Kategori : DE dan KK
tarikh : 12.09.09
Masa: 11.00 pg
peserta : 03 de 14 kk

kad kreatif hari raya adalah sentuhan tangan peserta kelab aktiviti untuk hari ini.

Gambar aktiviti







tadarus Al-quran - 12.09.09

Nam aktiviti
tarikh: 12.09.09
masa: 8.30 pg
tempat : Masjid Sg Pinang

Program keagamaan yang dianjurkan oleh qariah masjid dengan kerjasama JKKP Sungai Pinang .Program tersebut disertai oleh PD Sg Pinang , Tabika Kemas dan wanita .Pd turut menghantar 8 orang wakil .........Semoga kita mendapat rahmat dan barakah melalui program sebegini di samping mengeratkan hubungan silatulrahim sesama insan......gambar ini dirakam sewaktu sesi pendaftaran . Selebihnya tidak sempat.............

Gambar aktiviti





Kelab sinar Pintar - kelas perbincangan

tarikh: 11.09.09
masa: 11.00 pg
Mentor: Puan Hasnita bt Ibrahim
Peserta: 10 orang

kelab sinar pintar hari ni bertemu untuk berbincang tentang soalan matematik UPSR ......Begitu khusyuk adik2 kita menelaah demi mencapai keputusan yg cemerlang ....semoga sukses adik2 ku....

Gambar aktiviti



08 September 2009

Bijak Matematik

Nama Aktiviti : Bijak Matematik
Kategori : kk
tarikh : 05.09.09
Masa : 3.00 ptg
Peserta : 15 orang

Bijak matematik aktiviti yg menarik disertai oleh 15 kk .....soalan yg ringkas dan menarik disediakan untuk menguji minda peserta menyelesaikan masalah yg rumit....ia mendapat sambutan yang menggalakan....soalan berbentuk tambah ,tolak ,darab dan penyelesaian masalah disediakan .....

Gambar aktiviti




03 September 2009

Sambutan kemerdekaan ke 52

tarikh: 31 Ogos 2009
Masa : 8.30 pg

Aktiviti yg dijalankan
  • pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena menyambut kemerdekaan ke 52
  • nyanyian lagu patriotik
  • Persembahan pakaian beragam
  • kolaj bendera Malaysia Ibu bapa bersama waris tabika .Aktiviti tersebut anjuran bersama Pd Desa Sg Pinang ....
  • perarakan Jalur gemilang yg disertaikan oleh Madrasah Raiyyah Islamiah Sg Pinang , wanita , pelajar tabika dan belia .
Gambar aktiviti










hiasan pintu selamat datang

Nama aktiviti : Hiasan pintu Selamat datang
kategori : de dan kk
tarikh : 27.08.09
Masa: 11.00 pg
Peserta: 10 de 12 kk

Gambar aktiviti